Ayumi -Kawasaki disease
Posted on November 26, 2009
mari menghayati kisah adik ayumi..
first time dengar Kawasaki disease ni masa tengok series House. penyakit ni sangat jarang tapi pesakit yang menghidap penyakit ni ada masaalah dengan salur jantung.untuk penerangan lebih lanjut tentang kawasaki disease mari kita tanya abang google.
“Penyakit Kawasaki adalah sejenis penyakit luar biasa yang disifatkan oleh inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan membran mukus mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul.
Penyakit ini dinamai sempena seorang doktor pakar kanak-kanak yang menghuraikan gejala-gejala bercorak demikian dalam tahun 1967. Semenjak itu, Penyakit Kawasaki telah didapati berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak Jepun. Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit Kawasaki bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim bunga.” - sumber dari University Emory
**click the picture for colour version
riak senyum bukan gembira..
keluh kesah mata berkaca..
sebak dada hayati cerita..
harap sembuh riang semula..
Faizal Rahim aka peijan
Junior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-5724060
Email : faizalrahim@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.faizalrahim.com
Blog : http://blog.faizalrahim.com
Fotopages : http://holgad80.fotopages.com
YM : slumber_ghost@yahoo.com
Filed Under advertising, bebelanku, event, peristiwa |
Leave a Comment
If you would like to make a comment, please fill out the form below.





tanda2 awal penyakit tu tak jauh berbeza dgn penyakit2 lain … bahaya